Monday, March 25, 2013

Berkongsi Google Public Calendar

Kelendar Google dengan Aktiviti Pengimarahan Masjid & Surau yang telah diset sebagai Public boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja dan maklumat kalendar tersebut boleh dipaparkan bersama dengan kalendar Google yang anda telah ada.

Contoh Kelendar yang telah diset sebagai Public adalah 
> Kalendar Surau An-Nur Bandar Puteri Klang
> Kalendar Masjid Nurul Iman Rawang


Cara-cara untuk berkongsi Google Public Calendar adalah seperti berikut


Login ke Google Calendar anda


Dipaparan berikut dibahagian Other calendars masukkan alamat Kalendar 
annurbpk@gmail.com - untuk Kalendar Surau An-Nur Bandar Puteri Klang
atau masjidnurulimanrawang@gmail.com untuk Kalendar Masjid Nurul Iman Rawang



Jika Kalendar tersebut adalah primary maka format adalah seperti 
>> annurbpk@gmail.com


Jika Kalendar tersebut bukan primary maka format adalah seperti
>> j3tq8o8unj7v1u99v85bs1sgsk@group.calendar.google.com


Primary atau tidak adalah ditentukan oleh pemilik Kalendar tersebut





Kalendar dibawah Other calendars adalah Read Only dan kemaskini hanya boleh dibuat oleh pemilik kalendar.




ict-masjid-surau.blogspot.com


Wednesday, March 20, 2013

Embed Kalendar Aktiviti Pengimarahan Masjid & Surau ke Blog/Portal/Laman Web


Kalendar Aktiviti Pengimarahan Masjid & Surau boleh dikongsi di Blog, Portal atau Laman Web dengan kaedah Embed.

Mula-mula dapatkan dulu kod Embed 

Login ke Google Calendar


Calendar Setting > Calendars > "Public Kalendar yang hendak dikongsi" > Embed This Calendar > Customize the color, size, and other options



Customize the color, size, and other options


Tukar sebarang pilihan yang dibenarkan mengikut kehendak yang bersesuaian

Salin kod di bahagian Copy and paste the HTML below to include this calendar on your webpage

Contoh berikut adalah di tampal di Blogger.com



Publish dan hasilnya akan kelihatan seperti berikut.


Kaedah Embed yang sama boleh digunakan untuk Portal dan Laman Web sama ada Portal/Laman Web tersebut menggunakan Joomla atau CMS yang lain.

Dengan kaedah ini pertukaran atau penambahan aktiviti pengimarahan Masjid/Surau perlu dilakukan sekali sahaja (di Google Calendar) dan mana-mana Blog/Portal/Laman Web yang diEmbed dengan Kalendar tersebut akan dipaparkan dengan aktiviti terkini.


ict-masjid-surau.blogspot.com

Sunday, March 17, 2013

Perkongsian Kalendar Aktiviti Pengimarahan Masjid & Surau dengan email

Kalendar Masjid/Surau yang telah telah dimasukkan dengan aktiviti pengimarahan seperti Ceramah Perdana, Kuliah Mingguan, Kuliah Subuh, Program Gotong Royong dan lain-lain boleh dikongsi dengan ahli qariah dan orang ramai dengan beberapa cara.

Perkongsian dengan email

Klik dibahagian tepi nama Kalendar dan pilih send to a friend


masukkan alamat email rakan atau sesiapa sahaja bagi tujuan perkongsian


Penerima email akan menerima satu email seperti dibawah. Klik pautan See Surau An-Nur calendar in Google Calendar


Pilih Yes, add this calender

Kalendar yang dipilih akan akan tersenarai dalam Other Calender dan semua aktiviti Kelender tersebut dapat dipaparkan


Akan datang, cara-cara lain untuk perkongsian kalendar



ict-masjid-surau.blogspot.com






Saturday, March 16, 2013

Mewujudkan Kalendar Aktiviti Pengimarahan Masjid & Surau


Aktiviti pengimarahan Masjid & Surau perlu diwar-warkan kepada ahli qariah dan kepada umum.


Sebelum ia dapat diwarwarkan mari kita lihat cara-cara untuk mewujudkan Kalendar Aktiviti Pengimarahan Masjid & Surau menggunakan Google Calendar.

Jika anda telah ada Akaun Google, login ke Google Calendar di alamat ini

calendar.google.com

Masuk ke bahagian Setting bagi mewujudkan Calendar yang baru


Pilih Tab Calendar & Create New Calendar



Masukkan maklumat tentang Kelendar tersebut dan tik Make This Calendar Public dan 
Klik Butang Create Calendar


Sekarang masukkan aktiviti Masjid/Surau. 
Klik di tarikh & masa yang sesuai dan masukkan maklumat tentang kuliah tersebut


Klik Edit event untuk masukkan maklumat tambahan dan klik Save



Sekarang Kuliah yang baru telah dimasukkan ke Google Calendar


Masukkan semua aktiviti Masjid/Surau anda dan kongsikannya di Portal Masjid/Surau anda.

Akan datang... Cara untuk berkongsi Calendar


ict-masjid-surau.blogspot.com