Kalendar Aktiviti Pengimarahan Masjid & Surau boleh dikongsi di Blog, Portal atau Laman Web dengan kaedah Embed.
Mula-mula dapatkan dulu kod Embed
Login ke Google Calendar
Calendar Setting > Calendars > "Public Kalendar yang hendak dikongsi" > Embed This Calendar > Customize the color, size, and other options
Customize the color, size, and other options
Tukar sebarang pilihan yang dibenarkan mengikut kehendak yang bersesuaian
Salin kod di bahagian Copy and paste the HTML below to include this calendar on your webpage
Contoh berikut adalah di tampal di Blogger.com
Publish dan hasilnya akan kelihatan seperti berikut.
Kaedah Embed yang sama boleh digunakan untuk Portal dan Laman Web sama ada Portal/Laman Web tersebut menggunakan Joomla atau CMS yang lain.
Dengan kaedah ini pertukaran atau penambahan aktiviti pengimarahan Masjid/Surau perlu dilakukan sekali sahaja (di Google Calendar) dan mana-mana Blog/Portal/Laman Web yang diEmbed dengan Kalendar tersebut akan dipaparkan dengan aktiviti terkini.
ict-masjid-surau.blogspot.com
No comments:
Post a Comment