Monday, June 10, 2013

Manfaatkan Laman Web, Portal, Blog & Facebook untuk Masjid & Surau

Assalamualaikum,

Selalu kita dengar tentang laman web, portal, blog maupun facebook. Semua ini mempuyai keupayaan dan kelebihan yang tersendiri dan boleh digunakan untuk manfaat Masjid dan Surau.

Antara perkara yang boleh dimanfaatkan adalah 


  1. Hebahan Program Pengimarahan Masjid dan Surau
  2. Pengedaran Jadual Pengimarahan Masjid & Surau pada setiap bulan
  3. Pengumuman tentang perkara penting seperti berita kematian, jemputan kenduri & jamuan
  4. Menyediakan siaran kuliah & ceramah secara langsung di Intenet (live)
  5. Memuat naik rakaman kuliah dari masjid & surau yang berbentuk video maupun audio seterusnya berkongsi dengan rakan-rakan di Internet
  6. Perkongsian bahan ilmu yang dipetik dari Al-Quran, Al-Hadis dan Kitab-Kitab Muktabar
  7. Perkongsian bahan ilmiah dari sumber lain seperti youtube, facebook para Ustaz, Blog Ilmu dan sebagainya 
  8. Memberi maklumat tentang Jawatankuasa Masjid/Surau dan Badan Kebajikan & Khairat Kematian
  9. Koleksi gambar dan video Aktiviti Pengimarahan Masjid & Surau
  10. Perkongsian waktu solat dan peristiwa penting dalam islam
  11. Perbincangan yang sihat dan bermanfaat dalam isu semasa maupun perkara ilmiah



ict-masjid-surau.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment